Sunday, November 20, 2011

jalan2 di OU

sory sebab dah lama x update blog nih...bukan sebab ape...just xtawu nk kongsi ape... hehe...dah berabat xberjinak-jinak kat blog..bila bukak je ramai plak kawan2 aku yang dah stat berjinak2 kat blog ni..huhuhu..gud2 pada semua yg dah ada improvment dalam dunia bloger nih..hehe..

berbalik pada topik ari ni..jalan2  di ou.hehe..okay dengan x sedar diri nye ari ni aku kuar g jalan2 kat OU bersama sidia..hehe..xsedar diri selasa ni ada paper final..huhuhu..tp xpelah..bukan selalu dpt kuar sama pon kan..hehehe.okay yg penting dpat kuar jalan2 tenang kan diri...ber'hapay2 sikit sebelum jawab final..boleh ke macam tu..xbole pon dibolehkan aja lah ye..hehehe...

just nk bagi tawu yg ari ni aku hapay...full stop..heheh
thanks to sumbody yg bawak i jalan2 n hapy kn i ari ni..ngee :)

Sunday, March 20, 2011

Hikmah disebalik kejadian

sudah lama rasanya tidak meluahkan kata-kata di dalam blog ini..agak bersawang blog ini sebenarnya.
berbalik kepada tajuk yang tertulis diatas.Manusia tidak pernah berpuas hati dengan ape yang dimiliki..hurm betul ke?bila direnung kembali,ada betolnye kata2 ini.pernah kite fikir Allah mengetahui ape yang terbaik untuk diri kite..tidak dinafikan setiap orang menerima pelbagai macam dugaan dalam hidup,tapi pernah kite fikir hikmah disebalik dugaan itu..pernah kita ambil ikhtibar dari setiap dugaan yang dihadapi...penah kita muhasabah diri kita kembali bila melihat musibah atau dugaan yang dihadapi oleh orang lain..renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, March 12, 2011

KEHANCURAN...

 Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 


ⅰ- Pemimpin yang adil. 


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
 Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, March 9, 2011

2 bulannn....owchhh!!

benda yang aku xsuka...erm nk tawu ape die?agak2 baca tajuk leh tangkap x?hahaha
aku x suka bila aku dlm keadaan selesa...happy ngn kehidupan skang..tetibe kena tukar...owhhhh nooo..
xsuka hokeh....hurmm .....pejam celik...pejam celik...dah hampir habis pengajian ku disini..
yah bayak sangat memory kat utm neh...kawan2 kat sini semua sempoi2 n terbaek punye..hehhe
aku suka sangat kawan2 kat sini...dan yang paling aku suka konsep kat utm neh satu jeee...kawan umpama
one family..susah sama2...happy sama2...pekena org sama2...enjoy sama2.buat jahat sama2...and semua nye lah sama2....hehehe
tp yg kena tahan sekali nk tawu ape benda...erm bila diri sendiri terkana....so no heart felling laa an...
kalo sikit2 nk ber`filling alamatnye asyik gaduh je laaa...almaklumlah...semua ckp main sedap mulut jee...hehe.
tp bg aku batter ckp lepas dr ckp belkang...btol x? hehhe
ape yang best nye sosial life kat utm ni lagi...???
erm pasti laaa kami 4 couse ni umpama 1 couse jeee...kami punye rapat...memg boleh kata one family laa..hehe

then nk sedih neh....tinggal 2 bulan je kite semua kat sini...lepas ni kite semua nth dicampak kat sudut mana nth..
myb ramai yg sambung skudai...so still leh togther2..itu bg yg dpt sambung...bg yg nk ke oversea n sambung kat pusat pengajian lain or ada yg nk kawin ke kan...hak3..pikir2 laa siri....sedih kan bila pikir....tp itu laa realiti kehidupan...kawan silih berganti....dan itu lah yg kite semua kena terima...btol x?
sebenarnye bayak benda jgak aku dapt belajar dari kawan2 kat sini...blaja erti kehidupan...hehhe...poyo je an..gagga..hokeh xnk babel bayak2....nnti sedih terlebih pulok..ngee~~

hurm tentu aku akan rindu korang nnti...sobbbbbbbb...

Wednesday, February 23, 2011

saya sangat TERUJA dgn HELIZA helmi


sudah sekian lama rasanya blog ni tidak di update..
so hari ni ada benda yg  saya nak cerita..hehe
nak tawu cerita pasal ape?
erm tengok tajuk je dah ada nama HELIZA...
so sudah tentu laa ada kaitan dengan heliza kan..
erm sabtu lepas saya dan kakak kesayangan saya join event heliza..
niat dihati just nak shoot gambar jee..
tapi bila heliza memberi komitment yg sngt baik pada peminat nya..
secara tak langsung saya jadi minat kat beliau plk...hahha
dan ia menjadikan saya lebih TERUJA apabila......
jeng...jeng...jeng...
layan dulu gambar kat bawah....

 ni gambar saya dan ira hardina


HELIZA helmi


pantang nampk camera....ada aja aksi comel k.ija neh..haha 

ngee :D 

 peace :)

dah tengok gmbar kat atas kan????
so kita sambung cerita jeng...jeng...jeng...
nk tawu ape yg saya sangat teruja tu...
cer teka...cer teka...hehhe
saya sangt teruja bila HELIZA helmi add fb saya dan coment gambar saya..
anda teruja x?mesti laa anda x teruja,sbb HELIZA x add anda...wahaha
tp ikhlas saya kata bahawa saya sangat teruja...
k.ija memang sempoi laaa....hehe
saya bole buat konklusi kat sini bahawa HELIZA tidak seperti artis2 malaysia yg lain..
k.ja neh x sombong...1st time jumpe die...erm owkay laa..
rasa mcm nak jumpe lagi pon ado..hahaha
mana x nye..k.ija neh dah laa sempoi,giler2,mesra alam plk tu..
dan yg paling penting comeyyyyy...wink...wink
(k.ija jangan kembang lebih2 k)hak3
so anda leh layan gambar kat bawah ni...
gambar ni pon dah nmpak kemesraan beliau terhadap peminatnye...ngeee~~

bergambar sebentar bila dah penat mengambil gambar.. 

k.sue,ira hardina,HELIZA,ieka achik
si kecil diba

thanks to k.sue sebab die laa saya dapt join event heliza neh..
kalo tak ada k.sue memg xda laa` keterujaan` ni berlaku...haha 

ira hardina dan ieka achik melayan gambar sendiri sebentar..hehe
so sedang sebuk semua orang snap sana sini..
kitorang pon sebuk jugak snap gambar siri...hehe
btw thanks to k.sue buat kali kedua sabab amikan pic neh..
kalo tidak xdo laa gmbo den...hehe

p/s: senyum lebo k.ira dpt jumpe artis kesayangn die..hehe

Wednesday, February 2, 2011

kenapa erk?

kenapa wujud rasa sayang pada diri manusia..?
perlu ke reason untuk kita sayang seseorang..?
salah ke kita sayang seseorang...?

susah bukan untuk jawab soalan kat atas...
hurm tapi itu laa soalan yang selalu bermain kat fikiran ni...
ada sape2 boleh tolong jawab..plsssssss

Thursday, January 13, 2011

ikhlas laa menjadi diri sendiri

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… 

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan 
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang 
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. 
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… 
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

Tuesday, January 11, 2011

50mm

sekian lama aku x update blog neh...hehehe
bukan xnak update..tp xda masa yang terluang..
owkay xnak bayak citer lagi...tengok tajuk je dah leh agak kowt ape menda..
sebenarnye dah lama aku teringin nak miliki lens ni..
akhirnya aku berjaya kumpul duit untuk beli benda ni..
suka sangat2..