Sunday, August 22, 2010

kemungkinan...

~sahabat~

bila kita ingin berteman..
janganlah kerana kelebihannya...
kerana mungkin dengan satu kelemahannya....
kita mungkin menjauhkannya...

andai kita ingin berteman..
janganlah kerana kebaikannya...
kerana mungkin dengan satu keburukan...
kita akan membencinya..

andai kite inginkan sahabat yang satu..
janagan kerana ilmunya..
kerana bila dia buntu...
kita mungkin memfitnahnya..

andai kita ingin seorang teman..
jangan kerana sifat cerianya..
kerana andai die tidak menceriakan kita..
kita mungkin menyalahkannya..

andai kita ingin bersahabat....
terima die seadanya..
kerana dia seorang sahabat...
yang hanya manusia biasa...

andai kita mempunyai sahabat..
jangan diharapkan sempurna...
kerana kita juga tidak sempurna...
kita juga manusia biasa....

apabila bersahabat pastikan selamanya..
andai disisi ada yang istimewa...
sahabat tetap sahabat selamanya..
insyallah....

No comments:

Post a Comment